10 GADJET YANG PERLU DIBAWA KETIKA MELANCONG


old-and-new-travel-007

Teknologi dan Manusia tidak boleh dipisahkan pada zaman ini. Kemana jua kita pergi pasti saja alatan komunikasi digital ini diperlukan untuk memudahkan lagi kerja seharian. Berikut merupakan 10 gadget yang boleh korang bawa ketika melancong. Namun harus bijak mana satu yang perlu jangan sampai semua nak dibawa nanti meyusahkan diri pulak.


ipad4_2

1. iPad
Boleh dikatakan gadget terbaik ketika korang melancong, dengan kejelasan, kualiti gambar dan saiz skrin yang besar memudahkan anda menonton juga membaca ketika anda dalam perjalanan. Dengan ketahan bateri selama 10 jam pasti membuatkan perjalanan anda tidak bosan.
IMG_4915-500x333

2. Kamera Digital/DSLR
Kamera adalah satu keperluan. Apalah makna percutian tanpa merakam detik-detik indah ketika bercuti. Seperti pepatah inggeris ada mengatakan “picture speaks a thousand words!” jadi jangan sesekali anda bercuti tanpa kamera.
macbook air
3. Netbook/Komputer Riba
Meskipun anda merasakan anda boleh mendapatkan apa saja menerusi telefon pintar tetapi lebih baik bawa komputer riba kerana kini terdapat komputer riba yang bersaiz 10 inci, nipis serta mempunyai isian program yang lengkap untuk memudahkan anda melakukan sesuatu perkara penting. Mungkin anda boleh mendapat sumber inspirasi untuk menghasilkan jurnal atau novel ketika bercuti. Dari komputer riba anda terus menaip idea anda!


logitech-headset-wireless-h800



4. Headphones
Anda akan tahu peranan peranan 'headphones' ketika di dalam kapal terbang. Apabila anda di dalam penerbangan, bunyi bising bukan saja datang dari bunyi enjin tetapi bunyi bising dari penumpan lain. Meskipun 'headphone' tidak dapat menghindari bunyi bising sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya anda tidak merasa terganggu dengan bunyi persekitaran.

Clearwire
5. Clearwire
Buat anda yang tidak mempunyai akses internet secara langsung, gajet ini dapat membantu korang dalam mengakses internet secara meyleuruh. Dengan applikasi yang dipanggil Clear Spot, Modem 3G dan 4G ia dapat digunakan di semua kawasan yang mempunyai rangkaian 3G.
iphone5s

6. Smartphone
Banyak pilihan smartphone dipasaran yang anda boleh pilih. Dengan applikasi yang pelbagai anda boleh dapatkan apa jua informasi hanya dihujung jari. Dengan applikasi wifi percuma, garmin , kamera berkualiti tinggi dan pastinya buat anda yang sentiasa dengan facebook dan twitter pasti akan memudahkan anda
.IMG_20111213_213613
7. Pengecas Universal
Pengecas yang mempunyai kuasa solar ini pasti memudahkan anda. Ibarat extension elektrik mudah alih, anda tidak perlu lagi hadapi masalah untuk berserabut dengan wayar-wayar. Selain itu boleh dicas di laptop dengan menggunakan USB yang disediakan.
travelcas
8. Travel Plug
Satu lagi gajet wajib ada ketika bercuti. Travel plug ini amat berguna ketika anda melancong. Memudahkan kerja untuk mengecas telefon bimbit, kemera digital dan untuk kegunaan elektrik lain.
Three_Replacement_SIM
9. Kad Sim Antarabangsa
Dengan liputan menyeluruh, sim kad antarabangsa ini menawarkan kadar sms serendah 15 sen. selain itu, kad ini turut menyediakan khidmat panggilan IDD bagi negara-negara terpilih. Mudah kan dengan kad sim antaranbangsa ni kan terutama bagi mereka yang sering travel.
power bank
10. Power Bank
Power bank juga merupakan gejet yang penting. anda boleh cas ipad mahupun telefon anda bila-bila masa jer jadi bagi korang yang sering merakam gambar atau sentiasa online tu power bank ini memang kompen banyak membantu.
APLIKASI ASAL DARI LAMAN SESAWANG FAIZALFREDLEY

0 comments:

Post a Comment